Friday, November 28, 2008

kecewa seorang sahabat

Assalamualaikum w.h.b.t

Apa yang disampaikan bukanlah untuk membuka keaiban seorang kawan tetapi sebagai iktibar kepada saudara & saudari yang membaca tulisan saya ini. Saya bahasakan diri saya sebagai Adique dalam catatan ini. Adique nak cerita tentang seorang sahabat yang adique kenali dan akan menjadi pengajaran seumur hidup kepada adique dalam menilai dan memilih kawan.

Islam mengajar pengikutnya untuk mengamalkan adab-adab dalam berkawan. Kawan ialah mereka yang berdamping dengan kita. Mereka adalah orang penting untuk kita menilai dan belajar erti kehidupan. Adique sebenarnya kecewa dengan sikap kawan adique. Sikapnya yang ego dan hipokrit membuatkan adique menahan sabar sehingga adique tak dapat lagi nak bertolak ansur dengan dia.

Keegoan dia membuatkan setiap pandangan ditolak mentah-mentah. Mungkin dia berasa dirinya hebat tetapi dia sepatutnya sedar setiap manusia ada kelebihan yang tersendiri kurniaan Allah S.W.T.
Pernah sekali adique berbohong dengan niat untuk bergurau. Memang salah adique tetapi ketika itu adique masih lagi hidup dalam kejahilan. Selepas itu, adique berubah setelah mendapat hidayah Allah.

Malangnya, setiap kali apa yang adique perkataan terus dicap oleh dia bahawa adique menipu. Sedangkan hanya sekali adique berbohong padanya. Lebih menyakitkan hati, dia tidak sedar yang dia telah berbohong berkali-kali terhadap adique tetapi adique tidak pernah berkata apa-apa melainkan bersabar. Mujur adique dapat mengawal baran adique. Alhamdulillah, adique kini bukanlah orang yang cepat baran. Adique dapat mengawal atas kesabaran yang dikurniakan Allah kepada adique. Sehingga kini, kawan adique itu masih suka berbohong.

Dia juga seorang manusia yang hipokrit. Setiap kali bila bergurau dialah orang yang paling lantang bersuara. Tetapi, bila kena batang hidung dia. Habis satu badan angin. Adique ingat lagi ketika dia bertandang ke rumah adique. Ketika itu duduk makan bersama ibu bapa adique. Kami berbual sambil bergurau, bila adique buka mulut dan berkata pada dia. Dia terus meninggikan suara depan ibu bapa adique. Malah, depan rezeki dia berbuat demikian. Adique nampak wajah ibu bapa adique seolah-olah terasa. Dia tidak menghormati adique tak mengapa tetapi adique tak dapat terima apabila dia menyebabkan kedua ibu bapa adique terasa. Memang biadap!

Adique terasa juga bila memandang rendah pada adique kerana adique seorang yang tidak tekun menelaah pelajaran tetapi itu diri adique. Dia sepatutnya memberi rangsangan bukannya memandang rendah pada adique. Bukanlah adique ingin riak atau takkabur. Tetapi dia cuma hanya mengatasi adique dalam 1 daripada 10 matapelajaran. Adique tak pernah memandang rendah padanya walaupun adique banyak memenangi dia. Sebaliknya, adique kagum dengan kemampuannya mengalahkan adique dalam matapelajaran tersebut. Bukan adique sahaja, tetapi dua orang lagi kawan adique juga menjadi mangsa. Astaghfirullah. Adique tiada niat untuk riak di sini.

Mulut dia juga yang suka menyampaikan sesuatu yang belum pasti kebenarannya memang adique benci kerana ia adalah satu bentuk fitnah selain mengada-adakan perkara palsu. Kerana mulut dia, adique berprasangka buruk terhadap kawan lama adique. Dia sebenarnya menjadi boneka kepada seorang manusia yang berpaksi kepada kekuatan wang ringgit untuk mempengaruhi orang lain. Wang tidak dapat membeli segalanya. Sedarlah manusia yang hipokrit. Manusia itu telah banyak menabur fitnah dan kawan adique yang tadi telah terpengaruh dan menyampaikan perkara-perkara fitnah sehingga merosak hubungan adique dengan kawan yang lain.

Cukuplah sekadar itu sahaja yang dapat adique dedahkan walaupun terlalu banyak kesalahannya pada adique. Adique maafkan dia kerana adique manusia biasa yang tiada hak untuk menghukum orang lain. Adique doakan Allah selamatkan kawan itu daripada diazab. Semua ini sekadar menjadi iktibar kepada orang lain. Adique doakan kejayan kawan adique itu dan kebahagiaannya dunia akhirat. Tiada niat untuk membuka aib tetapi pengajaran ini penting untuk mereka yang bersahabat. Wahai kawanku, seandainya dirimu membaca tulisan daku ini. Ku pohon kemaafan daripadamu. Insaflah sahabatku.

“Dan mohonlah ampun kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah An-Nisa’ : Ayat 106)

Wednesday, November 26, 2008

SGI Student Story Larrr....

Ni story about Malay Georgian badge 2008..

Ini kisah lima bersaudara tapi bukan cite Hang Tuah Lima Bersaudara tapi kisah lima sahabat yang tak machos tapi hanchos. Hehe.. aku consider we all ni sahabat sebab memang aku anggap they all lebih rapat and memahami each other walaupun tak berapa nak paham. Tu pasal la ada problem cikit tapi besar gak. Okkey! Aku rase baik aku describe one by one la. Tapi aku malas la nak reveal diri aku. Jadi kalau aku ‘terreveal’ diri aku tu…. Korang wat tak tau je la ek..

Aku mula ngan kawan yang bernama Adi Roy. Hahaha.. budak memang sempoi. Kalau korang duduk ngan dia mesti terburai usus perut gelak. Adoiiii…..!!! mamat ni kalau ingat kat dia memang menitik air mata aku tahan gelak. Tapi kesian mamat ni, selalu tension sebab kena usik ngan we all. Dia ni baguih wat kawan sebab dia ni banyak pengalaman (yang baik2 je lar..). aku pun banyak belajar mengenal sifat2 and perangai kaum hawa daripada dia. Dia ni Allah kurniakan kat dia bakat menyanyi. Dia boleh jadi recording artis pe.. kalau tak caya korang dengarla dia nyanyi. Memang katak dengar sure menangis punyer. Dia ni suka katak tapi aku tak taula katak jenis pe? Kodok ke puru? Ntah2, katak pisang. Hehehe.. cukupla tu. Nanti dia pukul aku naya ja.

Ni pulak Wak Kobeng.. Haaaaa… dia ni lagi lar dasat. Aku pun tak tahan tengok muka dia. Aku tengok je dia memang tergelak sampai nak putus urat marih aku. Dia ni rajin gak tapi da dekat SPM je lar.. mamat ni macam tak reti tension. Maklumla mamat ni jenis yang romantis ala gitu. Memang manja sembang ngan “bunga” tapi sembang ngan kawan memang tak waras langsung. Aku pun bengang gak kadang2 bila dia wat muka selenger dia tuh.. tapi sebab ada satu kelebihan kat muka dia tu wat owang tengok mesti tergelak. Bibir tebai.. Err.. kelebihan ke keterlebihan tu??? Mamat ni Allah bagi speciality untuk berkreatif. Dia pandai goreng gitar tapi tak guna minyak dan kuali lar. Jangan salah pikir lak. Dia ada gak gubah lagu yang aku pun tak tau tajuk pe . Dia ni dengan Adi Roy memang rapat giler. Tuh yang payah tu.. dah la rapat.. giler plak tu. Yang korang giler pehal????
Aku rase cukupla tuh.. nanti terbongkar apa yang aku tulis ni memang aku jadi ubi bakaq la..

Alkisah ni plak cite tentang Jepun Hitam. Aku tak gelar tapi dah geng2 yang laen panggil dia macam tu. So aku bagi ko nama macam yang aku tulis tadi ek. Jangan marah yea sahabat kita setel elok2 nanti. Dia ni paling kami geram. Cepat sangat melenting. Tapi dia ni antara budak pandai dalam skul. Tak da budak melayu lain dalam skul leh challenge dia ni. Dia ni suka mengira. Tu yang otak kadang2 shut down. Bila otak shut down memang owang dia jadi tak da otak. Tu yang gila tuh.. dia ni suara paling kuat. Gelak paling kuat. Tapi baguih wat kawan sebab dia ni rajin. Memang rajin sampai anak dara pun kalah. So, you all anak2 dara kalau nak cari suami mithali cari la mamat Jepun Hitam ni. Dia ni rapat ngan cikgu2 kat skul so dialah jadi middle-man untuk kitorang untuk contact cikgu walaupun hanya dua meter di depan mata kami. Besala tuh.. kami ni banyak wat salah ngan cikgu2 kat S.G.I Taiping.. malu da sampai tahap yang tinggi tapi alhamdulillah cikgu2 tetap berbungkus-lemas (lagi dahsyat daripada bertungkus-lumus) untuk tolong kitorang menghadapi SPM.

Yang aku risaukan ialah mamat ni. Dia ni nama brutal tapi dia bukan brutalis. Gelaran dia kat ‘kampong’ S.G.I Taiping ialah Syah Mohawk. Hehehe. Korang dah dapat agak nama betoi dia la plak. Dia ni pun macam Jepun Hitam. Tapi tak cepat melenting Cuma cepat merajuk. Aku dah serik gaduh ngan dia bukan sebab kena pukul tapi sebab dekat seminggu dia tak tegur aku. Hehehehe… mamat ni jenis tak sebulu ngan kitorang sebab dia pun antara kategori budak melayu yang hebat gak la.. Mohawk ni partner ngan Jepun tadi. Tu pasal la diorang ni jadi pelajar melayu yang hebat kat S.G.I. aku pun tak tau otak diorang ni otak ape. Mamat Mohawk ni memang rajin and wat keje kemas tapi careless. Huhu.. besala tuh.. manusia tidak pernah terlepas daripada wat silap. Dia selalu jumpa cikgu untuk dapatkan tips2 untuk SPM. So, kitorang yang laen lepak and sapu apa yang dia dapat. Sebab dia tak selalu duk ngan kami ialah bila duk sekali dia pun hilang kewarasan dia.

Haaaaa.. tu lah citenyer…. Story aku tak dapat release sebab publisher tak kasi takot owang trauma setelah membacanya. Hehehe.. Citer aku nanti2 la aku post.. So tajuk kena tukar jadik “D’ 4 SGI musketeers” tapi aku rasa “D’ 4 SGI musketiak” lagi sedap and sesuai dengan pengalaman hidup kitorang… korang nak tau macam ner meke dapat nama kean tunggu aku siasat salasilah nama meke ek. Tak lama pun… tapi aku tak janji la ek..

Pesan buat SAHABAT2ku..

Kita telah dipertemukan Tuhan untuk menempuah awal remaja bersama. Tetapi tempoh itu telah semakin kehabisan. Tibalah masa untuk kita berlima berpisah menempuh jalan masing-masing. Aku doakan kejayaan dan kebahagiaan kamu semua sahabat dunia dan akhirat. Dulu berlima kini keseorangan diri. Selamat menempuh alam yang baru tanpa kehadiran kalian berempat.

Sahabat2ku.. aku pohon kemaafan setulus hatiku. Ingatlah kita dalam kenangan.

Aku, Adi Roy dan Wak Kobeng…
Tiga serangkai, tak cukup sorang hilang akai…

<<<<<<>>>>>>

Adi Roy - Aizzuddin
Wak Kobeng - Akhiri
Jepun Hitam - Faif
Syah Mohawk - Syahrizal


Saturday, November 15, 2008

Memilih Sahabat

NASIHAT AL-QAMAH DALAM MEMILIH SAHABAT

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Intihanya, persahabatan yang murni ialah persahabatan yang menjurus kita kepada kebaikan. Malahan, sahabat yang sebenar-benarnya ialah sahabat yang sentiasa menyokong kita dalam apa jua kebaikan yang kita lakukan. Sebagai contoh, Saidina Abu Bakar as-Siddiq sentiasa menemani Rasullullah walaupun nyawanya sendiri terancam. Oleh itu, peliharalah persahabatan kamu kerana terdapat perbezaan di antara sahabat dan kawan. Sahabat adalah lebih mulia dari kawan. Sahabat lebih bermakna daripada kawan.

Allah Bersama Mereka Yang Ikhlas

Niat bertaubat Menukar Arak Menjadi Madu

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar (arak). Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."
Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman,
" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"
Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "


Na'uzubillah..... Sesungguhnya siksa Allah amat keras dan pedih. Berpuasalah di bulan Ramadhan kerana dengan berbuat begitu segala darah daging dan urat-urat didalam tubuhmu yang hasilnya dari yang haram akan hancur dan gugur dari tubuhmu. Insya-Allah. bertaubatlah selagi kita diberi kesempatan untuk bernafas. Apabila nafasmu telah sampai di kerongkongmu Allah tidak lagi menrima taubatmu. Wallahu'alam. Na'uzubillah.

Mangkuk, Madu dan Sehelai Rambut

Mangkuk Yang Cantik, Madu Yang Manis, Rambut Yang Sehelai

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Masya-Allah… Ayuh saudara-saudaraku, marilah kita sama-sama menilai dan mengambil pedoman daripada apa yang telah dicoretkan di atas. Moga kita dilindungi dan diberkati Allah. Insya-Allah…

Friday, November 14, 2008

Anak Kecil Takut Akan Api Neraka

ANAK KECIL TAKUT AKAN API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

SABDA RASULULLAH S.A.W. BERMAKSUD:
“KEPANASAN API YANG KAMU GUNAKAN DI DUNIA OLEH ANAK ADAM ADALAH 1/70 KEPANASAN API NERAKA JAHANAM.”

Thursday, November 6, 2008

sedih dan cara mengatasinya

Sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada ujian Maha Suci Allah swt daripada kelalaian. Allah telah mengurniakan kita hati. Didalam hati itu hidup jiwa yang mempunyai perasaan.

Harus di ingat bahawa emosi kita merupakan pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Kegagalan mengawal emosi menyebabkan seseorang itu mengambil tindakan untuk melepaskan diri daripada belenggu dengan cara yang mudah dengan bertindak mengikut perasaan tanpa menggunakan akal.

Allah telah memberi nikmat yang besar kepada hamba2-Nya. Pada pandangan saya yang daif ini, kesedihan bukanlah perkara yang baik kepada umat manusia kerana apabila kita berpegang pada rukun iman iaitu beriman kepada qada dan qadar sudah tentu kesedihan seseorang itu reda apabila dia percaya bahawa itulah takdirnya dan setakat itulah kadar nikmat yang Allah berikan pada dirinya.

Bersedih selama setahun atau lebih selepas kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah perkara biasa. Beri masa kepada diri sendiri, dan dapatkan sokongan yang diperlukan.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak akan diuji lagi.”
(surah al-Ankabut: 2)

Jelaslah bahawa kesedihan yang menimpa kita akibat daripada musibah adalah satu daripada ujian Allah kepada hamba-hambaNya. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi kesedihan. Insya Allah.




Langkah-langkah:


1. Mengadu kepada kawan-kawan dan keluarga. Mereka mungkin tidak memahami apa yang anda sedang lalui, tetapi mereka boleh menawarkan bantuan. Dapatkan sokongan tambahan daripada orang-orang yang berpengalaman dalam menangani kesedihan.

2. Jaga kesihatan anda kerana ia boleh membantu anda menghadapi dan mengatasi kesedihan dengan lebih mudah.

3. Buat temu janji dengan seorang kaunselor atau menyertai satu kumpulan sokongan menerusi e-mel.

4. Berbincang dengan doktor anda mengenai anti-depresi sekiranya anda susah hendak bertindak balas.

Petua-petua:

1. Berkreatif. Ramai orang mendapati mewarna, melukis dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan dengan penuh perasaan boleh menenangkan fikiran.

2. Baca mengenai peringkat-peringkat dan kesan-kesan kesedihan supaya anda menjadi lebih biasa dengan pengalaman anda sendiri.

3. Perhatikan, bahawa sesetengah orang tidak menunjukkan perasaannya sehinggalah ke suatu waktu yang lama setelah peristiwa kehilangan tersebut.

Amaran-amaran:

1. Jauhi minuman keras dan dadah. Menyembunyikan emosi boleh membuatkan anda tidak produktif.

2. Elakkan daripada membuat keputusan yang besar dan penting ketika anda dalam keadaan bersedih.

*Dipetik dan diedit daripada artikel di www.virtualfriends.net

Kalimah Agung

7 KALIMAH

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buihlaut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi