Wednesday, December 10, 2008

Didikan Untuk Anak-Anak

MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA YANG SESUAI

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul? Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia." Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi) Ajaran tarhib antara lain seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani.
Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak.
Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak. Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam

Jadi adakah kita telah melakukan yang terbaik untuk mendidik anak-anak untuk melahirkan generasi Islam yang cemerlang dan disegani.

Wasiat Luqman Al-Hakim

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tak pernah mengamalkannya..! Ini adalah sama seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambahkan timbunan kayu tetapi tidak mampu mengangkatnya.

Berhati-hati terhadap tutur kata & bicara, perliharalah budi bahasa mu dan sentiasalah bermanis muka maka kamu akan disenangi oleh rakan mu!.. Bergaullah dengan orang yang berilmu dan soleh, bukalah hatimu & dengarlah nasihat & tunjuk ajar darinya!..

Jika kamu mencari sahabat, ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan dia marah kepadamu & sekiranya dalam memarahimu itu dia mampu menasihati, menyedarkan & menginsafkan mu, maka dialah sahabat yang dicari!! maka jika berlaku yang sebaliknya, maka berwaspadalah kamu.

Apabila kamu mempunyai teman karib, janganlah kamu mengharapkan sesuatu darinya, sebaliknya biarlah dirinya yang mengharapkan & janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi faedah kepadamu dan janganlah kamu berjalan tanpa arah dan tujuan serta janganlah kamu mensia -siakan hartamu!..

Janganlah makan terlalu kenyang, sesungguhnya lebih baik bahagian yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

Janganlah kamu melantik orang yang bodoh sebagai utusan, jika tiada pilihan yang lebih bijak maka dirimulah yang selayaknya.

Apabila kita tidak sabar dengan apa yang kita sukai, maka bagaimana kita akan sabar dengan apa yang kita tidak sukai.

Al-Fatihah Penawar Mujarab

Al-Fatihah Penawar Mujarab

Sesungguhnya Allah itu Maha Esa dan Maha Bijaksana. Kalamullah yang diturunkan bukan sekadar untuk dibaca dan mendapat pahala tetapi merupakan ilmu sains yang melibatkan perubatan sebagai salah satu daripada cabang ilmu-Nya.

Surah Al-Fatihah merupakan penawar kepada beberapa penyakit. Antaranya ialah:

1. Untuk Penawar Racun & Kala Jengking
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.

Bagaiamanapun, iktiqad di hati perlu ada agar diiringi pertolongan Allah. Membaca dengan niat dan keyakinan yang tinggi agar niatnya itu terkabul adalah perlu. Jika tidak, penyembuhan mungkin tidak seperti yang diharapkan. Wallahua’lam…. Allah bersama orang yang sentiasa dekat dengannya. Maka baginya pertolongan Allah yang utama.

Amar Makruf Nahi Mungkar

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.


Alhamdulillah, adique masih lagi diberi kesempatan untuk menulis untuk menyamapikan sedikit pengalaman dan ilmu yang ada sebagai usaha adique dalam menyedarkan anak-anak remaja tentang perkara-perkara yang menjadi halangan kepada remaja untuk bangkit daripada kealpaan.

Pada masa kini, kita telah diganggu gugat apabila berleluasanya budaya kuning sehingga ke kawasan kampong dan pedalaman. Lebih menyedihkan kita mengganggap orang-orang kampong lebih ‘baik’ kerana mereka masih mengamalkan norma-norma masyarakat melayu tetapi hakikatnya kita dapat lihat kontrak sosial masyarakat kampong terutamanya remaja telah menjadi sama rata seperti di kawasan bandar malah lebih dahsyat lagi. Hal ini berlaku kerana mereka tidak melihat sendiri apa yang berlaku di hadapan mata mereka tentang apa yang berlaku di bandar. Lantaran itu, mereka tidak dapat menilai impak yang bakal diterima.

Perkara sebegini tidak patut berlaku. Jelas terbukti bahawa untuk mengangkat martabat masyarakat kampong di mata masyarakat bandar, mereka sanggup meniru dan mencuba lebih lagi untuk membuktikan bahawa mereka adalah setanding orang bandar.
Konsepsi sebegini adalah salah kerana ia melanggar satu daripada konsep matlamat iaitu mengganggu atau merosakkan hak orang lain. Sepatutnya, ada kesedaran dalam jiwa kita. Gejala sosial dalam kawasan desa boleh dibendung.

Untuk remaja, tetapkan matlamat hidup. Jangan biar kekuatan dan kekuasaan orang lain menindas kita. Biarpun kita kurang ilmu dalam bidang akademik tetapi perkara fadu ain haruslah dititk beratkan. Jangan terlalu mengikut rentak orang lain tetapi ciptalah rentak kita yang tersendiri. Dalam usia remaja inilah kesempatan kita untuk bangkit dan berjuang membangunkan ketamadunan bangsa dan agama kita yang pernah mengubah dunia. Bukannya menantikan kemunculan Nabi Isa dan Imam Al-Mahdi untuk membetulkan kembali umat manusia. Marilah kita mula perbaiki diri agar kita juga dapat berjuang bersama-sama tentera Allah untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Renungkanlah ayat dibawah ini: (Surah Ali-Imran: Ayat 110)

Maksud ayat: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.

Adalah tanggungjawab kita untuk menyediakan diri kita melakukan amar makruf dan nahi mungkar kerana melaksanakan tanggungjawab ini adalah Wajib ke atas setiap umat Islam mengikut keupayaan masing-masing. Tidak sekadar menjadi tanggungjawab pihak tertentu.

RENUNGAN UNTUK SEMUA

Renungan Bersama Untuk Semua

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana adique masih lagi dapat bernafas dan pengisian blog ini juga dilaksanakan tanpa ada masalah. Kali ini adique nak kongsi cikit tentang apa yang adique belajar daripada hidup yang adique tempuhi. Perkara-perkara yang sedarkan adique, bahawa adique ini adalah manusia yang senantiasa tertipu dan terjerumus dalam lembah kemaksiatan setiap masa sama ada secara sedar ataupu tidak disedari. Sukar untuk seorang manusia itu terlepas daripada tipu daya serta seranah syaitan. Jadi inilah perkara-perkara yang perlu dinilai kembali untuk keselamatan dan kepentingan peribadi kita agar tidak menyesal di kemudian hari. Akhirnya, kita akan menyalahkan orang lain atas kekhilafan itu. Secara tidak langsung kita menuduh orang lain yang hanya menguntungkan mereka yang khianat pada kita kerana mulut kita yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Adique telah hint beberapa perkara kat bawah ni:

1) Jangan terlalu percaya pada orang lain kecuali ada amanah dalam dirinya.

>>> sebolehnya elakkan daripada menceritakan hal peribadi yang mungkin akan menyerlahkan keaiban orang-orang yang terlibat dalam masalah kita. Kadang kala, ada pihak yang akan mengambil kesempatan daripada keadaan kita. Dalam keadaan kita yang dihimpit masalah, kita mudah dipengaruhi orang lain yang bijak menilai keleamahan diri kita. Tambahan pula, remaja lebih mudah diserang dari aspek psikologi. Kaum hawa perlu berhati-hati. Ini senjata musuh Islam. Amanah seseorang itu sukar dlihat tetapi dapat dirasa oleh hati yang halus perasaannya kerana percaya bahawa Allah itu Maha Adil. Maha Bijaksana. Maha Kaya.

2) Jangan makan budi orang lain melainkan keikhlasan itu terserlah pada dirinya.

>>> kebanyakan manusia tewas pada kejahatan orang lain yang dilaksanakan secara terancang. Orang kata, dalam puji itu ada keji yang tersembunyi. “tolong ada makna”. Manusia itu kadang kala buta mata hati kerana dikaburi oleh wang. Ada pihak yang menghulurkan bantuan kewangan dengan hasratnya yang tidak diketahui ialah memancing orang yang ditolongnya itu merasa terhutang budi dan sanggup membalas balik melalui apa yang dituntut olehnya. Akhirnya, akibat terasa terlalu terhutang, nafsu-nafsi durjana itu dipenuhi. Inilah yang sedang berlaku tanpa anak gadis kita sedar. Berhati-hatilah. Bukan sahaja WANG, tetapi CINTA juga adalah senjata yang tajam runcingnya yang mampu tembusi keimanan seseorang itu.

Ingatlah, kasih-sayang yang ikhlas dan luhur akan hadir setelah ikatan yang sah telah terjalin iaitu pernikahan. Hati-hati wahai anak-anak gadis. Adique juga remaja. Adique memahami remaja daripada perspektif remaja.



3) Jangan terlampau memberi muka kepada rakan yang ego dan hipokritnya hidup.

>>> manusia setelah dilahirkan dikurniakan akal dan nafsu oleh Allah Azza Wajalla. Bagaimanapun, Iblis pernah bersumpah untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat. Secara halus iblis bersama bala tenteranya syaitan tidak berputus asa terhadap muslimin dan muslimah kerana pada mukminin dan mukminat itu ada benteng ynag membatasi kekuatan makhluk durjana yang dilaknat Allah iaitu ketaatan pada Allah beserta keikhlasan dalam diri mereka.
Syaitan dan iblis meniupkan bisikan agar ego dan hipokrit manusia itu tumbuh dan berakar di dalam jiwa anak Adam. Akhirnya, manusia lupa bahawa kita tiada hak untuk mendabik dada di muka bumi Allah ini. Orang yang sebegini apabila diberi muka, mereka tidak akan pernah sedar atau buat-buat tak sedar. Mereka tetep memandang rendah pada orang lain. Merasakan mereka sentiasa betul walaupun mereka telah salah.
Mereka ini keras kepala dan hati kering (tidak pernah memikirkan perasaan orang lain). Cara untuk mengatasi mereka ini bukan sekadar memberi nasihat. Kerana seandainya nasihat tidak mampu menembusi lapisan nafsu yang berkarat dalam jiwa mereka hanya bermain dengan maruah sahaja dapat menggugat mereka. Tajamkan minda dan atasi mereka dalam perkara yang mereka rasakan mereka hebat. Jatuhkan ego mereka dengan melemahkan kekuatan mereka dihadapan orang yang pernah mereka jatuhkan dahulu melalui Al-Quran dan hadis. Pasti mereka akan berfikir berkali-kali selepas itu. Jangan lupa, orang kurang upaya lebih mudah untuk mengatasi kita dalam pelbagai bidang. Ini berlaku kerana sifat rendah diri mereka yang menguatkan azam mereka untuk berjaya dan berusaha sekuat hati disamping bertawakal pada Allah.

4) Jati diri perisai elemen negatif dan menjadi senjata positif kejayaan manusia.

>>> jati diri adalah perkara yang masih mengelirukan minda remaja tatkala mencari identiti diri untuk dikagumi. Sebab itu kita dapat lihat remaja kita kini lebih cenderung meniru western lifestyle kerana mahu dikagumi. Ini persepsi yang salah dan merosakkan jiwa. Untuk membina jati diri tidak perlu meniru atau menjadi seperti orang lain atau idola yang nampak tersasar daripada landasan yang sebenar. Identiti lahir daripada jiwa seseorang itu sendiri bukannya mengikut orang lain. Orang barat tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kerana struktur sosial mereka sudah lingkup dan tidak boleh diguna pakai oleh masyarakat kita. Malah, mereka memang berhasrat untuk menjatuhkan tatacara hidup umat Islam. Tetapi kenapa remaja kita mengikut cara mereka dan terpengaruh dengan dakyah mereka. Ini jelas menunjukkan lebih daripada 90% adalah salah diri sendiri. Untuk melahirkan identiti yang tersendiri tidak susah. Bagi yang beragama Islam, mempelajari asas agama telah cukup untuk membentuk penampilan menarik. Akhlak dan aqidah bergerak seiring bersama amal ibadah akan dapat mematangkan kita tanpa perlu mengira aspek pemakaian merupakan priority untuk dikagumi. kita perlu sedar bahawa aurat merupakan harga diri manusia itu. Pakaian mencolok mata yang menampak bahagian-bahagian tubuh manusia itu sebenarnya hanya mendedahkan kekurangan diri. Bayangkanlah, saiz badan sebenar L tetapi baju yang dikenakan pada tubuh adalah M. muka dimekap tebal, bertindik disana sini. Bukan cantik tetapi begitu pelik dan menghodohkan keindahan yang Allah telah cipta pada tubuh manusia. Mengapa mesti didedahkan aurat itu untuk memikat. Allah dan manusia yang ikhlas tidak melihat semua itu.

Liberalisasi memang berlaku pada dunia tetapi bukan pada syariat Islam yang begitu cantik dan tulus. Berfikiran secara matang dan jauh akan membina diri yang kental.

Itulah peringatan buat adique dan saudara seagama. Jangan kerana kita, ibu dan bapa terhalang dihadapan pintu Syurga dan dilemparkan ke Neraka Jahim. Tenunglah wajah ibu dan bapa mu yang telah berkorban masa, tenaga, wang dan nyawa yang tiada galang ganti. Ibu mengandungkan, kita berbulan dia menahan sakit. Kemudian melahirkan kita, ajal dan maut menanti mereka tatkala itu. Bapamu pula keluar rumah bekerja. Perjalanan yang mereka tempuhi penuh dengan bahaya, umpama Malaiktul Maut mengiringi perjalanan mereka mengerah tenaga. Bekerja dibawah panas terik dan hujan lebat. Siang dan malam. Adakah kita fikir semua itu sekian lama kita menapak di muka bumi ini. Tanyalah diri kita sendiri. Sanggupkah kalian mengheret ibu bapa kalian ke dalam neraka atas dosa kita yang dilakukan sedangkan mereka boleh menjejak kaki ke dalam syurga. Seandainya kita sanggup, kita memang anak durhaka yang tidak berhak mencium wangian syurga. Inilah peringatan buat kita semua. Mungkin sesaat selepas ini tiada lagi nafas di kerongkong kita mahupun pada orang-orang dikeliling kita. Janganlah kita zalimi mereka yang tidak berdosa pada kita. Kita tidak pernah lepas daripada salah dan silap tetapi Allah itu Maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka melainkan pada saat nyawa dihujung kerongkong dan kiamat menghancurkan bumi.

Renungkanlah maksud ayat dibawah ini: (Surah Hud: Ayat 113)

Maksud ayat: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim. Maka kalau kamu berlaku zalim, api neraka akan menyambar kamu….

Semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah S.W.T. Insya-Allah….