Friday, November 28, 2008

kecewa seorang sahabat

Assalamualaikum w.h.b.t

Apa yang disampaikan bukanlah untuk membuka keaiban seorang kawan tetapi sebagai iktibar kepada saudara & saudari yang membaca tulisan saya ini. Saya bahasakan diri saya sebagai Adique dalam catatan ini. Adique nak cerita tentang seorang sahabat yang adique kenali dan akan menjadi pengajaran seumur hidup kepada adique dalam menilai dan memilih kawan.

Islam mengajar pengikutnya untuk mengamalkan adab-adab dalam berkawan. Kawan ialah mereka yang berdamping dengan kita. Mereka adalah orang penting untuk kita menilai dan belajar erti kehidupan. Adique sebenarnya kecewa dengan sikap kawan adique. Sikapnya yang ego dan hipokrit membuatkan adique menahan sabar sehingga adique tak dapat lagi nak bertolak ansur dengan dia.

Keegoan dia membuatkan setiap pandangan ditolak mentah-mentah. Mungkin dia berasa dirinya hebat tetapi dia sepatutnya sedar setiap manusia ada kelebihan yang tersendiri kurniaan Allah S.W.T.
Pernah sekali adique berbohong dengan niat untuk bergurau. Memang salah adique tetapi ketika itu adique masih lagi hidup dalam kejahilan. Selepas itu, adique berubah setelah mendapat hidayah Allah.

Malangnya, setiap kali apa yang adique perkataan terus dicap oleh dia bahawa adique menipu. Sedangkan hanya sekali adique berbohong padanya. Lebih menyakitkan hati, dia tidak sedar yang dia telah berbohong berkali-kali terhadap adique tetapi adique tidak pernah berkata apa-apa melainkan bersabar. Mujur adique dapat mengawal baran adique. Alhamdulillah, adique kini bukanlah orang yang cepat baran. Adique dapat mengawal atas kesabaran yang dikurniakan Allah kepada adique. Sehingga kini, kawan adique itu masih suka berbohong.

Dia juga seorang manusia yang hipokrit. Setiap kali bila bergurau dialah orang yang paling lantang bersuara. Tetapi, bila kena batang hidung dia. Habis satu badan angin. Adique ingat lagi ketika dia bertandang ke rumah adique. Ketika itu duduk makan bersama ibu bapa adique. Kami berbual sambil bergurau, bila adique buka mulut dan berkata pada dia. Dia terus meninggikan suara depan ibu bapa adique. Malah, depan rezeki dia berbuat demikian. Adique nampak wajah ibu bapa adique seolah-olah terasa. Dia tidak menghormati adique tak mengapa tetapi adique tak dapat terima apabila dia menyebabkan kedua ibu bapa adique terasa. Memang biadap!

Adique terasa juga bila memandang rendah pada adique kerana adique seorang yang tidak tekun menelaah pelajaran tetapi itu diri adique. Dia sepatutnya memberi rangsangan bukannya memandang rendah pada adique. Bukanlah adique ingin riak atau takkabur. Tetapi dia cuma hanya mengatasi adique dalam 1 daripada 10 matapelajaran. Adique tak pernah memandang rendah padanya walaupun adique banyak memenangi dia. Sebaliknya, adique kagum dengan kemampuannya mengalahkan adique dalam matapelajaran tersebut. Bukan adique sahaja, tetapi dua orang lagi kawan adique juga menjadi mangsa. Astaghfirullah. Adique tiada niat untuk riak di sini.

Mulut dia juga yang suka menyampaikan sesuatu yang belum pasti kebenarannya memang adique benci kerana ia adalah satu bentuk fitnah selain mengada-adakan perkara palsu. Kerana mulut dia, adique berprasangka buruk terhadap kawan lama adique. Dia sebenarnya menjadi boneka kepada seorang manusia yang berpaksi kepada kekuatan wang ringgit untuk mempengaruhi orang lain. Wang tidak dapat membeli segalanya. Sedarlah manusia yang hipokrit. Manusia itu telah banyak menabur fitnah dan kawan adique yang tadi telah terpengaruh dan menyampaikan perkara-perkara fitnah sehingga merosak hubungan adique dengan kawan yang lain.

Cukuplah sekadar itu sahaja yang dapat adique dedahkan walaupun terlalu banyak kesalahannya pada adique. Adique maafkan dia kerana adique manusia biasa yang tiada hak untuk menghukum orang lain. Adique doakan Allah selamatkan kawan itu daripada diazab. Semua ini sekadar menjadi iktibar kepada orang lain. Adique doakan kejayan kawan adique itu dan kebahagiaannya dunia akhirat. Tiada niat untuk membuka aib tetapi pengajaran ini penting untuk mereka yang bersahabat. Wahai kawanku, seandainya dirimu membaca tulisan daku ini. Ku pohon kemaafan daripadamu. Insaflah sahabatku.

“Dan mohonlah ampun kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah An-Nisa’ : Ayat 106)