Sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada ujian Maha Suci Allah swt daripada kelalaian. Allah telah mengurniakan kita hati. Didalam hati itu hidup jiwa yang mempunyai perasaan.
Harus di ingat bahawa emosi kita merupakan pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Kegagalan mengawal emosi menyebabkan seseorang itu mengambil tindakan untuk melepaskan diri daripada belenggu dengan cara yang mudah dengan bertindak mengikut perasaan tanpa menggunakan akal.
Allah telah memberi nikmat yang besar kepada hamba2-Nya. Pada pandangan saya yang daif ini, kesedihan bukanlah perkara yang baik kepada umat manusia kerana apabila kita berpegang pada rukun iman iaitu beriman kepada qada dan qadar sudah tentu kesedihan seseorang itu reda apabila dia percaya bahawa itulah takdirnya dan setakat itulah kadar nikmat yang Allah berikan pada dirinya.
Bersedih selama setahun atau lebih selepas kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah perkara biasa. Beri masa kepada diri sendiri, dan dapatkan sokongan yang diperlukan.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak akan diuji lagi.”
(surah al-Ankabut: 2)
Jelaslah bahawa kesedihan yang menimpa kita akibat daripada musibah adalah satu daripada ujian Allah kepada hamba-hambaNya. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi kesedihan. Insya Allah.
Langkah-langkah:
1. Mengadu kepada kawan-kawan dan keluarga. Mereka mungkin tidak memahami apa yang anda sedang lalui, tetapi mereka boleh menawarkan bantuan. Dapatkan sokongan tambahan daripada orang-orang yang berpengalaman dalam menangani kesedihan.
2. Jaga kesihatan anda kerana ia boleh membantu anda menghadapi dan mengatasi kesedihan dengan lebih mudah.
3. Buat temu janji dengan seorang kaunselor atau menyertai satu kumpulan sokongan menerusi e-mel.
4. Berbincang dengan doktor anda mengenai anti-depresi sekiranya anda susah hendak bertindak balas.
Petua-petua:
1. Berkreatif. Ramai orang mendapati mewarna, melukis dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan dengan penuh perasaan boleh menenangkan fikiran.
2. Baca mengenai peringkat-peringkat dan kesan-kesan kesedihan supaya anda menjadi lebih biasa dengan pengalaman anda sendiri.
3. Perhatikan, bahawa sesetengah orang tidak menunjukkan perasaannya sehinggalah ke suatu waktu yang lama setelah peristiwa kehilangan tersebut.
Amaran-amaran:
1. Jauhi minuman keras dan dadah. Menyembunyikan emosi boleh membuatkan anda tidak produktif.
2. Elakkan daripada membuat keputusan yang besar dan penting ketika anda dalam keadaan bersedih.
*Dipetik dan diedit daripada artikel di www.virtualfriends.net