Wednesday, December 10, 2008

Amar Makruf Nahi Mungkar

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.


Alhamdulillah, adique masih lagi diberi kesempatan untuk menulis untuk menyamapikan sedikit pengalaman dan ilmu yang ada sebagai usaha adique dalam menyedarkan anak-anak remaja tentang perkara-perkara yang menjadi halangan kepada remaja untuk bangkit daripada kealpaan.

Pada masa kini, kita telah diganggu gugat apabila berleluasanya budaya kuning sehingga ke kawasan kampong dan pedalaman. Lebih menyedihkan kita mengganggap orang-orang kampong lebih ‘baik’ kerana mereka masih mengamalkan norma-norma masyarakat melayu tetapi hakikatnya kita dapat lihat kontrak sosial masyarakat kampong terutamanya remaja telah menjadi sama rata seperti di kawasan bandar malah lebih dahsyat lagi. Hal ini berlaku kerana mereka tidak melihat sendiri apa yang berlaku di hadapan mata mereka tentang apa yang berlaku di bandar. Lantaran itu, mereka tidak dapat menilai impak yang bakal diterima.

Perkara sebegini tidak patut berlaku. Jelas terbukti bahawa untuk mengangkat martabat masyarakat kampong di mata masyarakat bandar, mereka sanggup meniru dan mencuba lebih lagi untuk membuktikan bahawa mereka adalah setanding orang bandar.
Konsepsi sebegini adalah salah kerana ia melanggar satu daripada konsep matlamat iaitu mengganggu atau merosakkan hak orang lain. Sepatutnya, ada kesedaran dalam jiwa kita. Gejala sosial dalam kawasan desa boleh dibendung.

Untuk remaja, tetapkan matlamat hidup. Jangan biar kekuatan dan kekuasaan orang lain menindas kita. Biarpun kita kurang ilmu dalam bidang akademik tetapi perkara fadu ain haruslah dititk beratkan. Jangan terlalu mengikut rentak orang lain tetapi ciptalah rentak kita yang tersendiri. Dalam usia remaja inilah kesempatan kita untuk bangkit dan berjuang membangunkan ketamadunan bangsa dan agama kita yang pernah mengubah dunia. Bukannya menantikan kemunculan Nabi Isa dan Imam Al-Mahdi untuk membetulkan kembali umat manusia. Marilah kita mula perbaiki diri agar kita juga dapat berjuang bersama-sama tentera Allah untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Renungkanlah ayat dibawah ini: (Surah Ali-Imran: Ayat 110)

Maksud ayat: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.

Adalah tanggungjawab kita untuk menyediakan diri kita melakukan amar makruf dan nahi mungkar kerana melaksanakan tanggungjawab ini adalah Wajib ke atas setiap umat Islam mengikut keupayaan masing-masing. Tidak sekadar menjadi tanggungjawab pihak tertentu.