Wednesday, December 10, 2008

RENUNGAN UNTUK SEMUA

Renungan Bersama Untuk Semua

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana adique masih lagi dapat bernafas dan pengisian blog ini juga dilaksanakan tanpa ada masalah. Kali ini adique nak kongsi cikit tentang apa yang adique belajar daripada hidup yang adique tempuhi. Perkara-perkara yang sedarkan adique, bahawa adique ini adalah manusia yang senantiasa tertipu dan terjerumus dalam lembah kemaksiatan setiap masa sama ada secara sedar ataupu tidak disedari. Sukar untuk seorang manusia itu terlepas daripada tipu daya serta seranah syaitan. Jadi inilah perkara-perkara yang perlu dinilai kembali untuk keselamatan dan kepentingan peribadi kita agar tidak menyesal di kemudian hari. Akhirnya, kita akan menyalahkan orang lain atas kekhilafan itu. Secara tidak langsung kita menuduh orang lain yang hanya menguntungkan mereka yang khianat pada kita kerana mulut kita yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Adique telah hint beberapa perkara kat bawah ni:

1) Jangan terlalu percaya pada orang lain kecuali ada amanah dalam dirinya.

>>> sebolehnya elakkan daripada menceritakan hal peribadi yang mungkin akan menyerlahkan keaiban orang-orang yang terlibat dalam masalah kita. Kadang kala, ada pihak yang akan mengambil kesempatan daripada keadaan kita. Dalam keadaan kita yang dihimpit masalah, kita mudah dipengaruhi orang lain yang bijak menilai keleamahan diri kita. Tambahan pula, remaja lebih mudah diserang dari aspek psikologi. Kaum hawa perlu berhati-hati. Ini senjata musuh Islam. Amanah seseorang itu sukar dlihat tetapi dapat dirasa oleh hati yang halus perasaannya kerana percaya bahawa Allah itu Maha Adil. Maha Bijaksana. Maha Kaya.

2) Jangan makan budi orang lain melainkan keikhlasan itu terserlah pada dirinya.

>>> kebanyakan manusia tewas pada kejahatan orang lain yang dilaksanakan secara terancang. Orang kata, dalam puji itu ada keji yang tersembunyi. “tolong ada makna”. Manusia itu kadang kala buta mata hati kerana dikaburi oleh wang. Ada pihak yang menghulurkan bantuan kewangan dengan hasratnya yang tidak diketahui ialah memancing orang yang ditolongnya itu merasa terhutang budi dan sanggup membalas balik melalui apa yang dituntut olehnya. Akhirnya, akibat terasa terlalu terhutang, nafsu-nafsi durjana itu dipenuhi. Inilah yang sedang berlaku tanpa anak gadis kita sedar. Berhati-hatilah. Bukan sahaja WANG, tetapi CINTA juga adalah senjata yang tajam runcingnya yang mampu tembusi keimanan seseorang itu.

Ingatlah, kasih-sayang yang ikhlas dan luhur akan hadir setelah ikatan yang sah telah terjalin iaitu pernikahan. Hati-hati wahai anak-anak gadis. Adique juga remaja. Adique memahami remaja daripada perspektif remaja.



3) Jangan terlampau memberi muka kepada rakan yang ego dan hipokritnya hidup.

>>> manusia setelah dilahirkan dikurniakan akal dan nafsu oleh Allah Azza Wajalla. Bagaimanapun, Iblis pernah bersumpah untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat. Secara halus iblis bersama bala tenteranya syaitan tidak berputus asa terhadap muslimin dan muslimah kerana pada mukminin dan mukminat itu ada benteng ynag membatasi kekuatan makhluk durjana yang dilaknat Allah iaitu ketaatan pada Allah beserta keikhlasan dalam diri mereka.
Syaitan dan iblis meniupkan bisikan agar ego dan hipokrit manusia itu tumbuh dan berakar di dalam jiwa anak Adam. Akhirnya, manusia lupa bahawa kita tiada hak untuk mendabik dada di muka bumi Allah ini. Orang yang sebegini apabila diberi muka, mereka tidak akan pernah sedar atau buat-buat tak sedar. Mereka tetep memandang rendah pada orang lain. Merasakan mereka sentiasa betul walaupun mereka telah salah.
Mereka ini keras kepala dan hati kering (tidak pernah memikirkan perasaan orang lain). Cara untuk mengatasi mereka ini bukan sekadar memberi nasihat. Kerana seandainya nasihat tidak mampu menembusi lapisan nafsu yang berkarat dalam jiwa mereka hanya bermain dengan maruah sahaja dapat menggugat mereka. Tajamkan minda dan atasi mereka dalam perkara yang mereka rasakan mereka hebat. Jatuhkan ego mereka dengan melemahkan kekuatan mereka dihadapan orang yang pernah mereka jatuhkan dahulu melalui Al-Quran dan hadis. Pasti mereka akan berfikir berkali-kali selepas itu. Jangan lupa, orang kurang upaya lebih mudah untuk mengatasi kita dalam pelbagai bidang. Ini berlaku kerana sifat rendah diri mereka yang menguatkan azam mereka untuk berjaya dan berusaha sekuat hati disamping bertawakal pada Allah.

4) Jati diri perisai elemen negatif dan menjadi senjata positif kejayaan manusia.

>>> jati diri adalah perkara yang masih mengelirukan minda remaja tatkala mencari identiti diri untuk dikagumi. Sebab itu kita dapat lihat remaja kita kini lebih cenderung meniru western lifestyle kerana mahu dikagumi. Ini persepsi yang salah dan merosakkan jiwa. Untuk membina jati diri tidak perlu meniru atau menjadi seperti orang lain atau idola yang nampak tersasar daripada landasan yang sebenar. Identiti lahir daripada jiwa seseorang itu sendiri bukannya mengikut orang lain. Orang barat tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kerana struktur sosial mereka sudah lingkup dan tidak boleh diguna pakai oleh masyarakat kita. Malah, mereka memang berhasrat untuk menjatuhkan tatacara hidup umat Islam. Tetapi kenapa remaja kita mengikut cara mereka dan terpengaruh dengan dakyah mereka. Ini jelas menunjukkan lebih daripada 90% adalah salah diri sendiri. Untuk melahirkan identiti yang tersendiri tidak susah. Bagi yang beragama Islam, mempelajari asas agama telah cukup untuk membentuk penampilan menarik. Akhlak dan aqidah bergerak seiring bersama amal ibadah akan dapat mematangkan kita tanpa perlu mengira aspek pemakaian merupakan priority untuk dikagumi. kita perlu sedar bahawa aurat merupakan harga diri manusia itu. Pakaian mencolok mata yang menampak bahagian-bahagian tubuh manusia itu sebenarnya hanya mendedahkan kekurangan diri. Bayangkanlah, saiz badan sebenar L tetapi baju yang dikenakan pada tubuh adalah M. muka dimekap tebal, bertindik disana sini. Bukan cantik tetapi begitu pelik dan menghodohkan keindahan yang Allah telah cipta pada tubuh manusia. Mengapa mesti didedahkan aurat itu untuk memikat. Allah dan manusia yang ikhlas tidak melihat semua itu.

Liberalisasi memang berlaku pada dunia tetapi bukan pada syariat Islam yang begitu cantik dan tulus. Berfikiran secara matang dan jauh akan membina diri yang kental.

Itulah peringatan buat adique dan saudara seagama. Jangan kerana kita, ibu dan bapa terhalang dihadapan pintu Syurga dan dilemparkan ke Neraka Jahim. Tenunglah wajah ibu dan bapa mu yang telah berkorban masa, tenaga, wang dan nyawa yang tiada galang ganti. Ibu mengandungkan, kita berbulan dia menahan sakit. Kemudian melahirkan kita, ajal dan maut menanti mereka tatkala itu. Bapamu pula keluar rumah bekerja. Perjalanan yang mereka tempuhi penuh dengan bahaya, umpama Malaiktul Maut mengiringi perjalanan mereka mengerah tenaga. Bekerja dibawah panas terik dan hujan lebat. Siang dan malam. Adakah kita fikir semua itu sekian lama kita menapak di muka bumi ini. Tanyalah diri kita sendiri. Sanggupkah kalian mengheret ibu bapa kalian ke dalam neraka atas dosa kita yang dilakukan sedangkan mereka boleh menjejak kaki ke dalam syurga. Seandainya kita sanggup, kita memang anak durhaka yang tidak berhak mencium wangian syurga. Inilah peringatan buat kita semua. Mungkin sesaat selepas ini tiada lagi nafas di kerongkong kita mahupun pada orang-orang dikeliling kita. Janganlah kita zalimi mereka yang tidak berdosa pada kita. Kita tidak pernah lepas daripada salah dan silap tetapi Allah itu Maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka melainkan pada saat nyawa dihujung kerongkong dan kiamat menghancurkan bumi.

Renungkanlah maksud ayat dibawah ini: (Surah Hud: Ayat 113)

Maksud ayat: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim. Maka kalau kamu berlaku zalim, api neraka akan menyambar kamu….

Semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah S.W.T. Insya-Allah….