Wednesday, December 10, 2008

Wasiat Luqman Al-Hakim

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tak pernah mengamalkannya..! Ini adalah sama seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambahkan timbunan kayu tetapi tidak mampu mengangkatnya.

Berhati-hati terhadap tutur kata & bicara, perliharalah budi bahasa mu dan sentiasalah bermanis muka maka kamu akan disenangi oleh rakan mu!.. Bergaullah dengan orang yang berilmu dan soleh, bukalah hatimu & dengarlah nasihat & tunjuk ajar darinya!..

Jika kamu mencari sahabat, ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan dia marah kepadamu & sekiranya dalam memarahimu itu dia mampu menasihati, menyedarkan & menginsafkan mu, maka dialah sahabat yang dicari!! maka jika berlaku yang sebaliknya, maka berwaspadalah kamu.

Apabila kamu mempunyai teman karib, janganlah kamu mengharapkan sesuatu darinya, sebaliknya biarlah dirinya yang mengharapkan & janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi faedah kepadamu dan janganlah kamu berjalan tanpa arah dan tujuan serta janganlah kamu mensia -siakan hartamu!..

Janganlah makan terlalu kenyang, sesungguhnya lebih baik bahagian yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

Janganlah kamu melantik orang yang bodoh sebagai utusan, jika tiada pilihan yang lebih bijak maka dirimulah yang selayaknya.

Apabila kita tidak sabar dengan apa yang kita sukai, maka bagaimana kita akan sabar dengan apa yang kita tidak sukai.